| 6 November 2021 | Sabtu |
 
PASIR GUDANG : Program Sanitasi Bas dan Van Sekolah yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Penduduk Zon (JKPZ) Scientex 1 dan 2 dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan Yayasan Pasir Gudang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Serbaguna Taman Scientex, Persiaran Scientex pada pagi tadi.
 
Setiap pengusaha bas dan van sekolah yang menyertai program ini telah diberikan baucar diesel beserta khidmat sanitasi dan disinfeksi percuma terhadap bas dan van sekolah mereka.
 
Ini sebagai tanda usaha semua pihak dalam membantu pengusaha ini menyediakan perkhidmatan yang baik dan selamat kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan kembali ke sekolah tidak lama lagi.
 
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Noor Azleen Bin Ambros, Ahli Majlis MBPG (Zon Scientex 2) dan Puan Hajah Haryati Binti Ismail, Ahli Majlis MBPG (Zon Scientex 1).
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top