PASIR GUDANG: 1 November 2021, Yayasan Pasir Gudang bersama Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG dan Puan Tan Geck Hey, Ahli Majlis MBPG (Zon Kota Masai 3) telah hadir melawat keluarga mangsa rumah terbakar iaitu Encik Md Nizam Bin Samani di Jalan Kuini, Taman Kota Masai.

Encik Nizam berkata bahawa ketika kejadian kebakaran berlaku pada 29 November 2021 lalu, beliau dan keluarga berada di dalam rumah sedang berehat sekitar jam 10:30 malam.

Isterinya iaitu Puan Nurhanim Binti Ihsan terhidu bau asap terbakar di bilik terletaknya pakaian, barangan sofa, tilam dan rak di ruangan dapur.

Encik Nizam terus bergegas untuk melihat apa yang berlaku, dan alangkah terperanjatnya apabila api sudah mula mara ke kawasan syiling dan bumbung bilik.

Jiran tetangga juga turut sedar ketika kejadian kebakaran berlaku dan telah membantu menghubungi pihak bomba. Sementara menunggu pihak bomba tiba, Encik Nizam telah cuba untuk memadamkan api yang sedang membara namun tidak berhasil.

Alhamdulillah, selang beberapa minit, pihak bomba telah hadir dan berjaya memadamkan api daripada terus merebak ke kawasan lain terutama kediaman jiran tetangga Encik Nizam.

Kesan kebakaran menyebabkan bilik pakaian, siling, bumbung dan harta benda di dalamnya musnah. Punca kebakaran masih berada di dalam siasatan pihak berkuasa.

Buat masa kini, beliau dan keluarga telah menetap di rumah tumpangan dan sedang mencari rumah sewa di sekitar kawasan Jalan Kuini, Taman Kota Masai.

Sumbangan ihsan Tabung Bencana Yayasan Pasir Gudang telah disalurkan kepada keluarga Encik Nizam bagi membantu sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapi oleh beliau.

SEDUTAN ziarah prihatin ypg

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top