17 Disember 2021 | Jumaat |
 
PASIR GUDANG : Hari ini, di Balai Serbaguna Wanita, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam telah berlangsungnya siri terakhir bagi Projek Ekonomi Rakyat (ERA) Wanita Niaga tahun 2021 iaitu pembuatan Tauhu kering, Taufu Fa dan Air Tauhu.
 
Program hari ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang dan turut diadakan penyerahan bantuan Insentif Kit Usahawan ERA Yayasan Pasir Gudang meliputi peralatan dan mesin kepada 24 orang peserta yang terpilih.
 
Dimeriahkan juga dengan kehadiran seramai 20 orang peserta terpilih yang mengikuti siri hari ini berasa gembira dan bersyukur atas ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi terutama daripada tenaga pengajar yang terlatih.
 
Program ini telah memberi impak yang sangat besar kepada perkembangan kemahiran dan ilmu peserta terutama golongan wanita dalam menyesuaikan diri dalam arus keusahawanan dan juga dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan buat keluarga mereka.

SEDUTAN PROJEK ERA WANITA NIAGA & INSENTIF KIT USAHAWAN ERA YPG

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top