19 Disember 2021 | Ahad |
 
PASIR GUDANG : Sumbangan Perayaan Hari Krismas 2021 bagi kawasan *Zon Pasir Gudang* telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.
 
Program hari ini telah diadakan di Dewan Terbuka Muafakat Jalan Gelam, Taman Rinting dengan kehadiran seramai 100 orang penerima yang terpilih terdiri daripada pelbagai kaum terutama bagi penganut agama Kristian.
 
Program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk komuniti di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang, bahkan dapat membantu penduduk komuniti yang kurang berkemampuan bagi menyambut hari perayaan dalam suasana yang gembira dan saling mencukupi disamping keluarga tercinta.
 
Bantuan wang tunai “one-off” dan barangan keperluan asas akan dibawa pulang oleh setiap penerima yang hadir hari ini.
 
Turut hadir Mohd Alhad Ngadimon (Ketua Kg Kuala Masai), Encik Yong Kok Leong, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, Puan Shahriah Binti Ismail (ALPA Yayasan Pasir Gudang).

SEDUTAN PROGRAM SUMBANGAN PERAYAAN HARI KRISMAS 2021 : ZON PASIR GUDANG

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top