29 Disember 2021 | Rabu |

PASIR GUDANG : 2 buah keluarga di Taman Sierra Perdana hari ini telah menerima kunjungan ziarah daripada Yayasan Pasir Gudang.

( Keluarga Pertama )

Bermula dengan Encik Mohd Hirman Hary Doss Bin Abdullah yang sakit terlantar disebabkan serangan strok yang menimpanya di rumah pada bulan Oktober tahun ini.

Beliau juga tidak boleh bercakap dan terganggu kefahaman dari segi tutur kata orang di sekelilingnya disebabkan sakit yang dialaminya.

Dari segi keperluan pula, isteri, anak-anak dan menantu akan membantu menguruskan segala keperluan seperti kewangan dan makanan.

Beliau juga merupakan penerima bantuan Food Aid Programme MyKasih YPG bermula Disember 2021 sehingga bulan November 2022.

( Keluarga Kedua )

Bertemu Puan Minah Binti Man yang merupakan ibu tunggal (warga emas) yang disahkan oleh Doktor Pakar mengalami sakit Kanser Kilang Telur pada tahun lalu.

Selepas menjalani kitaran rawatan kimoterapi dan pembedahan yang ditetapkan, Doktor telah mengesahkan beliau bebas kanser.

Namun, pada 29 Oktober 2021, beliau mengalami semput dan nafas berbunyi. Hasil pemeriksaan Doktor mendapati paru-paru beliau mempunyai air dan sampel air tersebut adalah sel kanser.

Sehingga kini, beliau bergantung kepada penggunaan alat bantuan oksigen dan memakai lampin pakai buang dewasa sepenuh masa.

Bantuan kewangan telah dibantu oleh Ahli Keluarga terdekat untuk digunakan sebagai pembayaran kos rawatan harian beliau.

Sumbangan wang ihsan pesakit kronik Yayasan Pasir Gudang telah disampaikan oleh Puan Shahriah Binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang kepada keluarga yang diziarahi hari ini.

SEDUTAN ZIARAH PRIHATIN : 29 DISEMBER 2021

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top