30 Disember 2021 | Khamis |

PASIR GUDANG : Hari ini, Yayasan Pasir Gudang telah selesai mengunjungi 2 buah keluarga di kawasan Taman Pasir Putih dan Taman Tg Puteri.

( Rumah Pertama )

Di Jalan Canggung 9, Taman Pasir Putih berjumpa dengan Encik Yallumaly A/L Ramasamy yang merupakan bapa tunggal (warga emas) menderita sakit kencing manis kronik sejak 20 tahun yang lalu.

Pada bulan Mac 2020, beliau telah menjalani pembedahan disebabkan kakinya tercucuk paku. Beliau sentiasa memerlukan penggunaan bantuan kerusi roda untuk bergerak disebabkan tulang kakinya yang longgar.

Pada 28 Julai tahun ini, beliau telah melakukan rawatan susulan untuk memasang skru dibahagian tulang kakinya.

Setakat ini, duit EPF miliknya digunakan oleh beliau untuk kos rawatan dan ubat-ubatan manakala pembayaran bil dan makanan dibantu oleh anaknya.

( Rumah Kedua )

Di Jalan Seluang 5, Taman Pasir Putih iaitu Puan Rafidah Binti A.Jalal, yang menghidap sakit minor strok sebelah kanan badan baru-baru ini pada 2 Disember 2021.

Beliau merupakan ibu tunggal kepada 3 orang anak.

Alhamdulillah , Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) telah memberi bantuan kerusi roda kepada beliau dan turut membantu menyediakan penghantaran pergi ke Klinik dan Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Beliau merupakan penerima bantuan dari SOCSO dan Baitulmal, MAIJ.

Bagi meringankan sedikit sebanyak beban yang dipikul, Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada kedua-dua buah keluarga yang dilawati hari ini.

SEDUTAN ZIARAH PRIHATIN : 30 DISEMBER 2021

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top