3 Januari 2022 | Isnin |

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang mengorak langkah tahun baru ini dengan melawat 3 buah keluarga di kawasan Jalan Tembikai, Taman Kota Masai.

( Keluarga Pertama )

Berjumpa adik Nur Afiya Sofea Binti Muhamad Syarifuddin yang mengalami kemalangan apabila dilanggar oleh sebuah kereta dihadapan rumahnya pada 23 September tahun lalu.

Adik Afiya telah dimasukkan ke dalam Pusat Rawatan Rapi (ICU) selama 3 hari selepas kemalangan berlaku.

Kemalangan ini menyebabkan adik Afiya cedera dibahagian kepala, tangan kanan dan belakang badan.

Adik Afiya akan menjalani pembedahan buang batu dalam tengkorak dan daging selepas daging baru tumbuh di kepalanya.

( Keluarga Kedua )

Bertemu Puan Samsiah Binti Ali yang menghidap sakit gangguan saraf pada bahagian badan sebelah kirinya.

Ujian yang menimpa dirinya terjadi pada bulan Ogos tahun lalu, 2 minggu selepas mengambil dos pertama vaksin Covid-19.

Sakit gangguan sarafnya itu telah menyebabkan kaki dan tangan kirinya bergerak tanpa henti dan memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan.

Buat masa kini, beliau tidak dibenarkan untuk meneruskan pengambilan vaksin dan berada di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beserta pihak Hospital.

Beliau telah menjalani beberapa rawatan susulan di Hospital bagi memulihkan sedikit sebanyak sakit yang dialaminya itu.

( Keluarga Ketiga )

Diteruskan dengan Encik Md Kharuddin Bin Masood yang mengalami serangan sakit minor strok sebelah kanan pada 29 Oktober tahun lalu setelah pulang dari Masjid.

Beliau telah ditahan di Hospital Sultan Ismail (HSI) selama 5 hari untuk rawatan kesihatan. Beliau juga menjalani rawatan alternatif lain di rumah seperti urutan, bekam dan fisioterapi.

Sakit ini telah memberi kesan pada bahagian otak beliau terutama dari segi ingatan dan IQ beliau.

Kesemua keluarga yang diziarahi hari ini telah menerima sumbangan wang ihsan pesakit kronik daripada Yayasan Pasir Gudang.

SEDUTAN ZIARAH PRIHATIN : 3 JANUARI 2022

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top