| 23 Januari 2022 | Ahad |

PASIR GUDANG : 2 sesi penyerahan sumbangan perayaan Tahun Baru Cina 2022 telah berjaya dilaksanakan.

Sesi pertama, Zon Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Rumah Pangsa Tasek 64, Bandar Seri Alam.

Program ini telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Seramai 200 orang penerima terpilih berbangsa cina telah menerima sumbangan wang tunai one-off beserta barangan keperluan untuk dibawa pulang bersama.

Program sebegini dianjurkan bagi memastikan individu dan keluarga yang kurang bernasib baik dapat meraikan perayaan dalam suasana yang ceria disamping membantu serba sedikit meringankan beban yang ditanggung oleh mereka semua.

Turut hadir di sesi pertama adalah Encik Tan Tuan Peng, Pengerusi MCA Pasir Gudang dan Puan Chan San San, Ahli Majlis MBJB.

Manakala bagi sesi kedua, Zon Tebrau dilaksanakan di Dewan Terbuka Jalan Tembikai, Taman Kota Masai.

Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azizul Bin Bachok, Ahli Majlis MBPG mewakili Datuk Haji Maulizan Bin Bujang.

Turut hadir, Puan Tan Geck Hey, Ahli Majlis MBPG (Zon Kota Masai 3) dan Tuan Haji Herman Irmadi Bin Ismail, ALPA YPG.

SEDUTAN BIRU PERMAS JAYA : 15 JANUARI 2022

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top