PASIR GUDANG : Program Nursing Home Visit sesi kedua diteruskan lagi dengan menziarahi Puan Norainie Bin Abdullah di Jalan Bangau, Kg Sepakat Masai yang menghidap penyakit kanser usus.

Sebelum ini pada bulan Oktober 2020, beliau telah menjalani pembedahan pembuangan rahim kerana disahkan mengalami ketumbuhan di dalam rahimnya.

Derita Puan Norainie belum berakhir apabila beliau juga kini telah disahkan menghidap kanser usus dan perlu menjalani rawatan kimoterapi secara kitaran yang ditetapkan.

Pada peringkat awal penyakit kanser usus menimpanya, beliau hanya mampu terlantar sakit dan alhamdulillah kini keadaan beliau semakin pulih dan hanya memerlukan pemakaian stoma bag pada bahagian perutnya.

Doktor Pakar Perunding Kecemasan, KPJ Johor Specialist Hospital iaitu Profesor Doktor Rashidi Bin Ahmad telah menasihati beliau untuk memakan makanan yang berakali dan anti-oksida seperti teh hijau, sayuran, dan betik sebagai salah satu cara merawat kanser yang dialaminya.

Sesi ketiga berkunjung ke rumah Encik Ramli Bin Md Salleh di Jalan Suria 49, Bandar Seri Alam.

Beliau merupakan pesakit kronik kencing manis kritikal dan perlu sentiasa di bawah pengawasan pihak doktor dan jururawat. Jari kaki kirinya terpaksa dipotong disebabkan sakit kencing manis yang dimilikinya.

Sepanjang lawatan diadakan di rumah Encik Ramli, doktor telah memberi sedikit konsultasi dan nasihat kesihatan kepada beliau. Rawatan seperti pembersihan luka pada jari kaki kirinya juga telah dilakukan dan ditunjuk ajar oleh jururawat yang terlatih agar tiada sebarang jangkitan kuman berlaku semasa proses pembersihan luka dilaksanakan secara kendiri di rumah.

SEDUTAN NURSING HOME VISIT

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top