PASIR GUDANG : Sesi Keempat bertemu Encik Shahriman Bin Jamal di Jalan Mawar 55, Taman Mawar yang diuji dengan sakit strok dan mempunyai masalah kerosakan saraf imbang di bahagian sebelah kiri kepala.

Pada permulaan sakit strok menimpa dirinya, beliau terlantar sakit dan tidak boleh berdiri. Beliau juga tidak dapat menelan makanan dalam bentuk pepejal dan hanya boleh menerima dalam bentuk cecair seperti minuman susu khas Glucerna.

Sebelum ini juga, beliau perlu menggunakan mesin sedut kahak dan kerusi roda untuk urusan harian beliau.

Alhamdulillah, kini beliau semakin pulih dan semasa rawatan kesihatan dijalankan ke atas beliau oleh Profesor Doktor Rashidi Bin Ahmad, KPJ Johor Specialist Hospital berserta jururawat terlatih menunjukkan perkembangan yang positif.

Namun, beliau dinasihatkan untuk terus bergerak aktif dan mengawal tekanan darah tinggi beliau untuk mengelakkan sakit strok kembali menimpa dirinya semula.

Sesi kelima berjumpa Encik Mohd Faizal Raj Bin Abdullah yang disahkan menghidap penyakit kanser usus tahap 2 sejak bulan Julai 2019.

Pada bulan September 2019, beliau telah menjalani pembedahan membuang kanser di usus. Namun selepas 3 hari pembedahan dilaksanakan, perut beliau telah pecah dan perlu menjalani semula pembedahan.

Pembedahan seterusnya, doktor telah memasang stogma bag pada bahagian perut kirinya untuk pengumpulan najis dan perlu ditukar setiap 3 hari sekali di klinik atau Hospital Sultanah Aminah, HSA.

Sebelum ini, beliau pernah koma selama 2 minggu dan telah ditahan di hospital selama 3 bulan pada tahun 2019 selepas pembedahan selesai dilaksanakan.

Kini, beliau beransur pulih dan boleh berjalan seperti biasa. Rawatan kesihatan ke atas beliau juga menunjukkan perubahan yang baik.

Jururawat telah membantu menukar stoma bag di perut beliau dan menunjuk ajar kaedah yang betul untuk penukaran stoma bag secara kendiri.

SEDUTAN NURSING HOME VISIT

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top