| 13 Februari 2022 | Ahad |

PASIR GUDANG : Beberapa penerima terpilih di kawasan Zon Scientex 2 yang merangkumi Jalan Merbah, Jalan Kelisa, Jalan Helang dan Jalan Kijang juga tidak terkecuali menerima kunjungan ziarah daripada Yayasan Pasir Gudang.

Sumbangan berupa Set Perlindungan Covid-19 (RTK Test Kit, Facemask dan Sanitizer), Bakul Makanan Barangan Kering dan wang tunai secara one-off telah berjaya diagihkan kepada mereka semua.

Ahli Majlis MBPG Zon Scientex 2 iaitu Encik Noor Azleen Bin Ambros telah menghulurkan sumbangan tersebut serta bertanya khabar kepada setiap penerima yang diziarahi hari ini.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top