PASIR GUDANG : Seterusnya, sesi Nursing Home Visit dilanjutkan di Jalan Nenas 28, Taman Kota Masai dengan melawat Puan Kamariah Binti Moen.

Puan Kamariah merupakan pesakit kronik kencing manis. Pada awal bulan Mac 2021, ibu jari kaki sebelah kiri miliknya terpaksa dipotong disebabkan dijangkiti kuman akibat sakit kencing manisnya itu.

Pada awal peringkat selepas pembedahan dijalankan, beliau akan melakukan rawatan cuci luka setiap 2 kali sehari di KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital.

Namun, kini beliau akan melakukan rawatan cuci luka secara kendiri di rumah bagi menjimatkan kos rawatan serta masa perjalanan pulang dan balik dari hospital selepas mendapat tunjuk ajar kaedah yang benar berkaitan rawatan cuci luka dari pihak hospital.

Profesor Doktor Rashidi Bin Ahmad, Pakar Perunding Kecemasan dari KPJ Johor Specialist Hospital telah menasihati beliau agar sentiasa menjaga pemakanan dan pengawalan gula sepanjang masa bagi memastikan luka dan kencing manis beliau terkawal.

Pakar fisioterapi juga telah memberi konsultasi dan kata-kata semangat agar beliau terus kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan yang menimpanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Johor Specialist Hospital selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Encik Mohd Azhar Bin Abdullah juga turut hadir bersama-sama dalam program ini.

SEDUTAN NURSING HOME VISIT

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top