PASIR GUDANG : Pesakit kronik di Jalan Kenari 4, Taman Scientex iaitu Puan Roszilahwati Binti Ramli telah menerima kunjungan ziarah daripada Yayasan Pasir Gudang bagi program Nursing Home Visit.

Puan Roszilahwati merupakan pesakit kronik yang menghidap sakit kencing manis. Pada 28 Disember 2021, beliau terpaksa menjalani pembedahan pemotongan kaki kanan paras bawah lututnya disebabkan jangkitan kuman telah merebak di kawasan tersebut atas saranan doktor pakar.

Kini, beliau bergantung kepada penggunaan kerusi roda sepenuh masa untuk melakukan rutin harian di rumah dan akan menjalani rawatan kesihatan serta fisioterapi di Hospital Sultan Ismal (HSI).

Selepas hasil pemeriksaan kesihatan dan rawatan cuci luka dilakukan semasa sesi nursing home visit, Jururawat dan Profesor Doktor Rashidi Bin Ahmad, Pakar Perunding Kecemasan KPJ Johor Specialist Hospital telah menasihati beliau agar mendapatkan rawatan segera di hospital.

Hal ini disebabkan jahitan luka pada kaki beliau yang dipotong telah terbuka sebahagian serta bernanah. Luka tersebut perlu ditutup dengan kadar segera kerana bimbang dijangkiti kuman yang mampu merebak ke kawasan yang lebih berbahaya untuk kesihatan beliau.

Encik Mohd Azhar Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Johor Specialist Hospital selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang turut hadir dalam sesi ini.

SEDUTAN NURSING HOME VISIT

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top