| 20 Februari 2022 | Ahad |

PASIR GUDANG : Hari ini, pihak Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) telah mengadakan program Lawatan Home Visit ke rumah pejuang-pejuang kanser di sekitar Daerah Johor Bahru.

Yayasan Pasir Gudang telah turut bekerjasama dengan menyertai dan menyalurkan sumbangan kepada pejuang-pejuang kanser yang dilawati terutama bagi kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyantuni, bertanya khabar serta mengetahui tahap kesihatan para pejuang kanser.

Terdapat pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan program hari ini iaitu :

1. Majlis Bandaraya Johor Bahru

2. Majlis Bandaraya Pasir Gudang

3. Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru (MAIJ)

4. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

5. Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ)

6. Yayasan Raja Zarith Sofiah

7. Waqaf An-Nur Corporation Berhad

8. Food Bank Jishan

Doa dan harapan agar pejuang-pejuang kanser yang diziarahi hari ini diberikan kekuatan dan kesembuhan dalam melawan sakit kanser yang mereka hadapi.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top