| 21 Februari 2022 | Isnin |

PASIR GUDANG : Yayasan Pasir Gudang telah selesai mengunjungi kediaman mangsa bencana ribut di Kg Banjar, Jalan Sungai Tiram.

Mangsa iaitu Puan Suhana Binti Basiran telah ditimpa bencana ribut pada semalam, 20 Februari 2021 yang terjadi sekitar jam 3:00 petang.

Ketika kejadian, beliau telah melihat cuaca di luar rumahnya dari cerah mula menjadi mendung. Apabila beliau membuka pintu rumah, alangkah terperanjatnya apabila beliau telah melihat angin ribut sedang berpusing.

Apabila ribut semakin menghampiri kediaman beliau, siling bumbung telah terbuka lalu menghempap beliau pada bahagian depan dan belakang badannya. Ketika waktu tersebut, beliau sedang berseorang di rumahnya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun, ribut ini mengakibatkan kerosakan pada bumbung, bilik dan ruang tamu terutama pada bahagian atap telah hancur.

Yayasan Pasir Gudang telah menyalurkan sumbangan Ihsan Bencana Ribut YPG kepada Puan Suhana Binti Basiran.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top