| 1 Mac 2022 | Selasa |

PASIR GUDANG : Hari ini, telah diadakan program penyerahan sumbangan bakul makanan Yayasan Pasir Gudang kepada beberapa penerima terpilih bagi penduduk kawasan flat Tasek 64, Bandar Seri Alam.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Vijayan A/L Rajoo, Ahli Majlis MBPG di blok V, Flat Tasek 64, Bandar Seri Alam kepada penerima yang hadir.

Setiap penerima akan memperoleh wang tunai one-off dan bakul makanan daripada Yayasan Pasir Gudang.

Moga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat membantu meringankan serba sedikit beban penerima dalam menampung perbelanjaan keluarga.

Turut hadir, Encik Guru Naidu A/L Subramaniam, ALPA YPG

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top