| 1 Mac 2022 | Selasa |

PASIR GUDANG : Sesi seterusnya bagi program ‘ Back to School 2022 YPG ‘ telah diteruskan dan kali ini bertempat di Blok A, Jalan Geharu, Taman Rinting.

Sebagaimana sesi sebelum ini, setiap penerima terpilih akan memperoleh sumbangan baucar bernilai RM100 daripada Yayasan Pasir Gudang dan kali ini tertumpu pada penerima di kawasan Taman Rinting.

Dengan nilai baucar yang diberi tersebut, penerima boleh membelanjakan untuk kegunaan pembelian barangan kelengkapan persekolahan, pakaian sekolah, kasut atau sebagainya di pasaraya Mydin Taman Rinting.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Kg Kuala Masai, Encik Mohamed Alhad Bin Ngadimon.

Turut hadir Puan Shahriah Binti Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top