| 2 Mac 2022 | Rabu |

PASIR GUDANG : Hari ini, beberapa penerima terpilih yang tinggal di kawasan Taman Air Biru telah menerima sumbangan baucar bernilai RM100 daripada Yayasan Pasir Gudang sempena program ‘ Back to School 2022 YPG ‘.

Program telah dilaksanakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2, Taman Air Biru dan pemberian sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Ed Baela Bin Muhalajah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang.

Moga dengan sumbangan yang diberi ini dapat membantu meringankan beban penerima untuk membeli kelengkapan barangan persekolahan buat anak-anak mereka di pasaraya Mydin Taman Rinting apabila sesi persekolahan bermula nanti.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top