[29 Mac 2021] Yayasan Pasir Gudang telah selesai menziarahi kediaman Adik Muhammad Akmal Bin Jamil di Taman Cendana. Adik Akmal merupakan pesakit yang baru disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.
Adik Akmal menyedari bahawa penyakit ini mula menyebabkan keadan dada beliau terasa berat dan sakit ketika mengerjakan sesuatu pekerjaan ataupun menaiki tangga. Oleh sebab demikian, beliau mula melakukan pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan doktor telah mengesahkan bahawa dirinya menghidap penyakit jantung berlubang.
Doktor memberi saranan untuk menjalani pembedahan segera kerana penyakit jantung berlubang merupkan salah satu penyakit yang boleh meragut nyawa. Kos keseluruhan pembedahan adalah sebanyak RM 13 ribu. Namun, Hospital Sultanah Aminah memberi subsidi perubatan sebanyak RM 6 ribu dan baki kos pembedahan sebanyak RM 7 ribu perlu diusahakan oleh keluarga beliau.
Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan wang ihsan pesakit kronik kepada Adik Akmal agar dapat meringankan dan memudahkan kelancaran urusan beliau dalam menjalani pembedahan jantungnya pada 31 Mac 2021. Yayasan Pasir Gudang mendoakan Adik Akmal segera pulih dan tabah mengharungi dugaan serta ujian dariNya.
Marilah bersama-sama Yayasan Pasir Gudang menghulurkan sumbangan buat mereka yang memerlukan dan sumbangan anda boleh disalurkan melalui 3 kaedah :
1. https://yayasanpasirgudang.org.my/elementor-5747/
2. Akaun rasmi YPG :
Yayasan Pasir Gudang
Bank Islam Berhad
0108 7010 0468 59
3. Sumbangan tunai atau barangan
Info lanjut, layari
https://yayasanpasirgudang.org.my