| 3 Mac 2022 | Khamis |

PASIR GUDANG : Hari ini, di Dewan Raya Kg Melayu Pandan telah dilaksanakan program ‘ Back to School 2022 YPG ‘ bagi penduduk kawasan sekitar Kg Melayu Pandan.

Sumbangan baucar bernilai RM100 daripada Yayasan Pasir Gudang telah berjaya disalurkan kepada beberapa penerima terpilih yang hadir.

Baucar tersebut boleh digunakan di pasaraya Mydin Taman Rinting untuk pembelian barangan keperluan persekolahan seperti beg, kasut, alatan tulis atau pakaian seragam sekolah.

Disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Khatim bin Othman mewakili Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top