Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya, terdapat ramai keluarga yang terjejas samada dari segi kewangan, pekerjaan ataupun dijangkiti positif Covid-19.
Oleh demikian, Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan bakul makanan ke rumah-rumah keluarga ini sepanjang perlaksanaan PKP di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)
Semoga bantuan makanan ini dapat meringankan beban yang dirasai oleh mereka semua.