[ 18 Julai 2021, Ahad ] Saban hari, peningkatan angka jangkitan dan korban akibat pandemik Covid-19 ini semakin membimbangkan.
Covid-19 ini memberi impak yang besar kepada ekonomi rakyat masa kini menyebabkan ada di antara mereka kehilangan segala punca pendapatan untuk menyara keluarga mereka.
Oleh sebab itu, Yayasan Pasir Gudang meneruskan lagi usaha membantu mereka yang terjejas dan kali ini di Rumah Pangsa Flora Heights untuk menyalurkan bantuan bekalan bakul makanan.