[ 19 Julai 2021, Isnin ] Semenjak pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia, semua lapisan masyarakat tidak terlepas daripada terjejas sumber pendapatan utama. Hal ini akan memberi tekanan untuk mereka dalam meneruskan kelangsungan hidup pada masa akan datang.
Oleh sebab itu, Yayasan Pasir Gudang masih meneruskan lagi usaha menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada mereka yang terjejas dan kali ini bertempat di kawasan Bandar Seri Alam, Taman Rinting dan Masai Utama.