Tidak dapat di sangkal lagi bahawa pandemik Covid-19 dan juga perlaksanaan Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) sepenuhnya memberi kesan yang sangat besar terhadap masyarakat samada positif atau negatif.
Kesan negatifnya adalah terdapat ramai keluarga yang kehilangan kerja dan seterusnya menggangu sumber pendapatan keluarga. Oleh demikian, Yayasan Pasir Gudang telah meneruskan lagi usaha membantu menyalurkan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan terutama sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Moga pemberian ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kesan yang dihadapi oleh mereka semua.