Misi bantuan Bakul Makanan Yayasan Pasir Gudang diteruskan lagi di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Tujuan utama bantuan bakul makanan ini disalurkan adalah untuk diberikan kepada keluarga atau masyarakat yang memerlukan samada terjejas disebabkan Pandemik Covid-19 ataupun yang dijangkiti positif virus ini.
Kebanyakkan daripada mereka ini terkesan dari segi sumber pendapatan untuk kelangsungan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya. Malahan ada juga yang diberhentikan kerja disebabkan syarikat tidak mampu mengharungi krisis ekonomi yang sedang melanda di negara kita.
Semoga pemberian ini dapat membantu mereka dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.