Bantuan Bakul Makanan
Mewakili Yayasan Pasir Gudang meneruskan misi bantuan Bakul Makanan di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang adalah Encik Nazri Bin Tangis, ALPA YPG.
Misi bantuan kali ini tertumpu kepada pemandu atau pengusaha bas yang terkesan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.
Kebanyakkan mereka ini sudah sekian lama terjejas sumber pendapatan semenjak permulaan pandemik Covid-19 menular di negara kita.
Ada juga di antara mereka merupakan pemandu bas sekolah tetapi disebabkan sesi persekolahan bersemuka terpaksa ditangguhkan akibat kes peningkatan Covid-19, maka secara tidak langsung akan menjejaskan sumber rezeki utama mereka kerana tiada lagi penggunaan pengangkutan pelajar ke sekolah seperti biasa.
Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar pemberian ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan terus kuat menjalani ujian masa mendatang.



