[ 8 Julai 2021, Khamis ] Yayasan Pasir Gudang tidak melupakan masyarakat Sarawak di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang untuk menerima bantuan bekalan bakul makanan. Mereka ini juga merupakan masyarakat yang tidak terlepas dari kehilangan sumber kewangan utama sepanjang PKP ini dilaksanakan bagi memerangi wabak pandemik Covid-19 yang kian meningkat di negara kita.