Permohonan untuk Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bagi kemasukan Fasa 2 bagi tahun 2024 kini telah kembali ⚡dan kali ini pendaftaran bagi Fasa 2 dibuka sepanjang tempoh dari bulan Mac 2024 sehingga hujung bulan Mei 2024.

Namun demikian, setiap permohonan adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan iaitu :

✅ 1. Warganegara Malaysia dan kad pengenalan beralamat di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

✅ 2. Diploma / Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pertama atau yang melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Pasir Gudang sahaja. Permohonan dalam tempoh tahun pertama pengajian.

✅ 3. Setiap pelajar mestilah mengemukakan tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/S 2024 yang diperolehi (sudah mendaftar).

✅ 4. Pendapatan isi rumah / keluarga tidak melebihi RM 4,000.00.


Bantuan ini boleh dimohon melalui 2 cara iaitu :

1. Permohonan secara atas talian di Laman Sesawang YPG 🌐. (salinan yang perlu di muat naik dalam bentuk file PDF : Kad Pengenalan pemohon dan ibubapa, slip gaji ketua isi rumah, surat tawaran kemasukan IPTA/S) :
https://yayasanpasirgudang.org.my/bantuan-pendaftaran-ipta-s/

atau

2. Muat turun borang permohonan dan hantar ke pejabat Yayasan Pasir Gudang yang beralamat di tingkat 2, Menara Aqabah, MBPG
(disertakan salinan :
💠 kad pengenalan pemohon
💠 kad pengenalan ibubapa
💠 Slip gaji ketua isi rumah
💠 surat tawaran kemasukan IPTA/S) di :
https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Permohonan-Bantuan-Pendaftaran-IPTA-PENDIDIKAN-YPG-2021.pdf

Sekiranya terdapat pertanyaan, hubungi nombor tertera di bawah :

✳️ [ Pejabat ] : 07-254 7814
✳️ [ Hotline 1 ] : 019-3298714

*Noted :‼️
Bagi pelajar yang telah memohon permohonan bantuan kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bagi Fasa 1, 2024 yang lalu, pihak kami akan hubungi kelak (sekiranya permohonan lulus) bagi memberitahu lokasi, tarikh dan masa bagi sesi penyerahan nanti bersama penerima yang lain.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top