BANTUAN PENDIDIKAN KHAS YAYASAN PASIR GUDANG
Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang diwakili oleh Encik Muhammad Danial Syafiq bin Suhaimi bersama Encik Guru Naidu a/l Subramaniam, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, telah turun padang untuk menyampaikan Sumbangan Komputer Riba kepada dua orang pelajar dari Taman Cahaya Masai dan Bandar Seri Alam.
Inisiatif Bantuan Khas Pendidikan sumbangan komputer riba ini adalah merupakan idea daripada YB Bahar, disokong oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) bagi membantu pelajar khususnya yang kurang berkemampuan agar mereka dapat melaksanakan tugasan pengajian mereka dengan lebih lancar dan berkesan.
Selaras dengan dasar “Smart City” yang telah diperkenalkan, Majlis Bandaraya Pasir Gudang ( MBPG ) percaya bahawa langkah kecil seperti ini mampu melahirkan generasi muda yang celik teknologi, berkemahiran tinggi serta mampu berdaya saing.
Ikuti kami di @yayasanpasirgudang untuk perkembangan dan maklumat yang terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
