Berita baik buat mereka yang berjaya menyambung pelajaran ke menara gading kerana permohonan Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta 2021 bagi fasa 3 telah dibuka.

Permohonan fasa 3 ini dibuka bermula dari bulan Julai sehingga bulan September. Permohonan tertakluk pada syarat-syarat yang telah ditetapkan :

1. Warganegara Malaysia dan kad pengenalan beralamat di Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

2. Diploma / Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran pertama.

3. Tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/S.

4. Pendapatan isi rumah / keluarga tidak melebihi RM 4,000.

Permohonan boleh dilakukan melalui 2 kaedah

( setiap kaedah permohonan perlu melampirkan salinan dokumen kad pengenalan pemohon dan ibubapa, slip gaji ketua isi rumah dan surat tawaran kemasukan ke IPTA/S)

1. Permohonan secara atas talian

2. Muat turun borang permohonan dan hantar ke pejabat Yayasan Pasir Gudang

Bagi penerima yang layak pada fasa 2 yang lalu, pihak kami akan menghubungi kelak kerana pemberian Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi IPTA/S bagi fasa 2 yang lalu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top