Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Yayasan Pasir Gudang diteruskan lagi dengan fasa 2 bagi tahun 2021.
Bantuan ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan anak-anak Pasir Gudang yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.
Permohonan bagi fasa 2 ini dibuka dari bulan April sehingga bulan Jun. Setiap pemohon tertakluk pada syarat-syarat yang telah ditetapkan :
1. Warganegara Malaysia dan kad pengenalan beralamat di Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
2. Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran tahun pertama.
3. Tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPT Awam atau Swasta
4. Pendapatan isi rumah (keluarga) tidak melebihi RM 4,000.
Kepada yang ingin membuat permohonan, terdapat 2 kaedah iaitu :
1. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Pasir Gudang Aras 2, Menara Aqabah, MBPG.
2. Permohonan secara atas talian :