Berita baik buat semua pelajar-pelajar Pasir Gudang yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda, permohonan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bagi kemasukan Fasa 1 bagi tahun 2023 kini telah dibuka ✨.

Seperti yang sedia maklum, pendaftaran permohonan bagi Fasa 1 boleh dilakukan sepanjang tempoh dari bulan Januari 2023 sehingga bulan Mac 2023. Walau bagaimanapun, setiap permohonan adalah tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan iaitu :

🔸 1. Warganegara Malaysia dan kad pengenalan beralamat di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)

🔹 2. Diploma / Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pertama. Permohonan dalam tempoh tahun pertama pengajian.

🔸 3. Tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/S 2023.

🔹 4. Pendapatan isi rumah / keluarga tidak melebihi RM 4,000.00.

—————————————-//————————————–

Bantuan ini boleh dimohon melalui 2 kaedah :

1. Permohonan secara atas talian di Laman Sesawang YPG. (salinan yang perlu di muat naik : Kad Pengenalan pemohon dan ibubapa, slip gaji ketua isi rumah, surat tawaran kemasukan IPTA/S) :
https://yayasanpasirgudang.org.my/bantuan-pendaftaran-ipta-s/

atau

2. Muat turun borang permohonan dan hantar ke pejabat Yayasan Pasir Gudang yang beralamat di tingkat 2, Menara Aqabah, MBPG
(disertakan salinan kad pengenalan pemohon dan ibubapa, slip gaji ketua isi rumah, surat tawaran kemasukan IPTA/S) :
https://yayasanpasirgudang.org.my/wp-content/uploads/2021/07/Borang-Permohonan-Bantuan-Pendaftaran-IPTA-PENDIDIKAN-YPG-2021.pdf

Sekiranya terdapat pertanyaan, hubungi nombor tertera di bawah :

[ Pejabat ] : 07-254 7814
[ Hotline 1 ] : 019-3298714
[ Hotline 2 ] : 014-6904745

—————————————-//————————————–

Bagi penerima yang layak untuk permohonan bantuan IPTA bagi Fasa 4 2022 yang lalu, pihak kami akan hubungi kelak untuk pemberian Bantuan Pendaftaran IPTA/S tersebut pada tarikh dan tempat yang akan diberitahu nanti.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top