Untuk tahun 2021 sebagai tanda pengiktirafan Yayasan Pasir Gudang kepada mereka yang berjaya menempatkan diri di pengajian tinggi, Yayasan Pasir Gudang menawarkan Bantuan Pendaftaran IPT Awam & Swasta kepada anak-anak Pasir Gudang dan Tebrau yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda pertama dan sepenuh masa. 
 
Mereka yang memohon mestilah beralamat di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG). Kepada yang ingin membuat permohonan boleh mendapatkan borang di pejabat Yayasan Pasir Gudang ataupun secara muat turun borang permohonan bantuan pendaftaran IPTA/S. Alamat adalah di Aras 2, Menara Aqabah, MBPG.
 
Setiap permohonan tertakluk pada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
 
1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan kad pengenalan beralamat di Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
2. Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran tahun pertama.
3. Tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/S.
4. Pendapatan isi rumah atau keluarga mestilah tidak melebihi RM 4,000.
Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top