Yayasan Pasir Gudang mengilhamkan bantuan ini bermula tahun 2017 dengan matlamat pemberian bantuan ini dapat membantu meringankan kos pendaftaran atau persediaan setiap pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.
Bantuan pendaftaran ini melibatkan pengajian di peringkat Diploma Pertama dan Ijazah Sarjana Muda Pertama sama ada di institut pengajian tinggi awam ataupun swasta. Program ini mempunyai EMPAT fasa permohonan iaitu :
Jan - Mac
Fasa 1
Apr - Jun
Fasa 2
Jul - Sep
Fasa 3
Oct - Dis
Fasa 4
Pra-Syarat

- Pemohon adalah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah beralamat kediaman di kawasan parlimen Pasir Gudang dan parlimen tebrau sahaja.
- Permohonan hanya dibuat pada tahun pertama pengajian sahaja.
- Sijil Sepenuh Masa Kolej Komuniti Pasir Gudang juga diterima untuk permohonan.
- Pemohon mestilah membuat pengesahan tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPT
- Pemohon dari keluarga yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,000.
Bentuk Bantuan
Yayasan Pasir Gudang akan menyediakan bantuan KEWANGAN (RM 300 one-off) bagi setiap seorang pelajar.
Antara tujuan utama bantuan sebegini diberikan adalah untuk membantu penerima-penerima ini dari segi pembelian barangan keperluan seperti buku dan lain-lain yang di mana kebanyakkan buku mempunyai harga yang mahal untuk dibeli terutamanya buku pelajar Ijazah Sarjana Muda.
Maka, dengan bantuan Yayasan Pasir Gudang dapat meringankan bebanan kos yang ditanggung oleh ibubapa mahupun pelajar.
Jom !! Mohon Bantuan IPTA

Permohonan Bantuan Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta YPG Fasa 1 bagi tahun 2025 telah dibuka.
Bagi sesiapa yang berminat, boleh mohon dengan tekan butang di bawah untuk isi borang permohonan.