| 28 Januari 2022 | Jumaat |

PASIR GUDANG : Majlis Penyerahan Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/S) Fasa 4 2021 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Terbuka Taman Mawar Fasa 1.

Program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya apabila seramai 93 orang pelajar terpilih dari pelbagai bidang pelajaran dan pelbagai institut pengajian tinggi telah menerima bantuan ini.

Disempurnakan oleh Tuan Haji Baharuddin Bin Mohamed Taib, Ketua Whip MBPG selaku wakil rasmi Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Turut hadir, Datuk Haji Mohd Amin (Ahli Majlis MBPG Zon Mawar) dan Tuan Haji Hashim Marsidi (Pengerusi KRT Taman Mawar Fasa 1).

Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar samada dari segi pembayaran semester pengajian ataupun urusan kepulangan pelajar ke kampus masing-masing kelak.

SEDUTAN BANTUAN IPTA FASA 4 2021

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top