MAKLUMAN BELANJAWAN JOHOR 2021

Seperti mana yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Johor pada Belanjawan Johor 2021. Antaranya adalah Insentif Pengecualian Sewa Bagi Para Penyewa Yang Layak bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) Negeri Johor. Pengecualian Sewa Bermula Januari 2021 sehingga Disember 2021.

1. Program ini mensasarkan 70% penyewa yang mendapat manfaat dari insentif ini berdasarkan rekod pengisian setakat 31/12/2020 dan bermula Januari 2021 hingga Disember 2021.

2. Semua penyewa PPR dan RSK layak KECUALI mereka yang melanggar syarat seperti berikut:

2.1 Sublet (sewa atas sewa).
2.2 Ceroboh (masuk tanpa kebenaran).
2.3 Meninggalkan premis kediaman melebihi 3 bulan.
2.4 Tidak mengemukakan salinan dokumen (semasa bancian).
2.5 Terlibat kes jenayah seperti penyalahgunaan dadah, maksiat, dan lain-lain.
2.6 Kediaman yang telah disita oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan.

3. Tiada rayuan boleh dibuat ke atas perlanggaran syarat sepertimana diatas.

Berikut merupakan FAQ untuk para penyewa-penyewa PPR dan RSK Negeri Johor.

facebook : https://www.facebook.com/SUKJPerumahan/

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top