TEBRAU : Sekitar tarikh 24 Mac 2022 (Khamis) dan 25 Mac 2022 (Jumaat) telah terjadinya kejadian bencana ribut di kawasan Kg Pasir Putih.

Seramai 21 orang mangsa bencana ribut telah diuji dengan nasib yang kurang baik apabila kesemua kediaman mangsa yang terlibat telah mengalami kerosakan yang teruk terutama bahagian atap bumbung dan siling rumah.

YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram telah turun melawat kawasan kediaman mangsa bencana ribut untuk melihat sendiri keadaan semasa kawasan tersebut serta menghulurkan sumbangan wang ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang kepada mangsa yang terlibat.

Turut hadir sepanjang lawatan tersebut adalah Encik Mohd Nurulfaiz bin Aman, Penghulu MUKIM Plentong, serta dari pihak Baitulmal (MAIJ) dan JKM.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top