[ 26 Jun 2021, Sabtu ] Tuan Haji Baharudin Bin Taib, Ketua WHIP MBPG telah melawat kawasan kediaman mangsa bencana ribut di Kg Sepakat, Masai, pagi tadi. Turut serta Tok Faiz, Penghulu Mukim Plentong, Tok Yazid Ketua Kampung Masai Baru & Saudara Nazri Bin Tangis, ALPA YPG.
Hujan lebat berserta ribut petir telah mengakibatkan kerosakan di bahagian bumbung rumah mangsa. Yayasan Pasir Gudang berkesempatan menghulurkan sumbangan wang ihsan bencana kepada mereka yang dilawati hari ini.
Moga penduduk Kg Sepakat, Masai diberikan ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi ujian yang ditimpa oleh mereka semua.