| 20 Mac 2022 | Ahad |

TEBRAU : YB Tuan Haji Azizul bin Bachok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, bersama-sama Yayasan Pasir Gudang telah selesai menziarahi kawasan kediaman mangsa bencana ribut yang terjadi pada 19 Mac 2022, semalam di Kg Tg Langsat.

Ribut kuat serta hujan yang lebat telah mengakibatkan kerosakan di bahagian bumbung dan siling pada 21 rumah mangsa yang terlibat. Separuh daripadanya mengalami kerosakan yang sangat teruk akibat bencana ribut yang melanda.

Oleh demikian, Yayasan Pasir Gudang telah menghulurkan sumbangan wang ihsan bencana kepada mereka yang dilawati.

Doa dan harapan agar penduduk Kg Tg Langsat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian yang ditimpa oleh mereka semua.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top