Bencana Ribut di Pasir Gudang

PASIR GUDANG : Beberapa hari yang lalu pada 12 Ogos 2022, Jumaat sekitar waktu 2:30 petang di kawasan perumahan Taman Rinting telah mengalami kejadian bencana ribut dan hujan yang sangat lebat.

Terdapat 6 buah kediaman mangsa yang tidak bernasib baik dalam kejadian ribut tersebut apabila atap di bahagian bumbung kediaman mereka telah mengalami kerosakan serta tercabut ekoran angin ribut yang sangat kuat.

6 buah kediaman mangsa tersebut adalah :

1. Mohamad Alfiq bin Ismail
2. Alimah binti Wahab
3. Punnia Murthy A/L Karuppan
4. Salimah binti Ali
5. Wong Chiam Fook
6. Zuzita binti Mohamad

YB Haji Baharudin bin Mohamed Taib, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas telah turut bersama Yayasan Pasir Gudang melawat dan melihat sendiri kawasan perumahan mangsa-mangsa bencana ribut yang mengalami kerosakan.

Beliau sempat memberikan kata-kata dorongan dan semangat kepada mangsa bencana yang terlibat disamping menghulurkan sumbangan wang ihsan bencana Yayasan Pasir Gudang kepada mereka semua.

Turut serta sepanjang sesi ziarah mangsa bencana ribut ini berlangsung adalah Encik M. Krishnan, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Zon Rinting 1.

Moga mereka yang terlibat dengan kejadian bencana ribut ini diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi ujian yang mereka hadapi ini dan digantikan dengan rezeki yang luas pada masa mendatang.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top