| 15 Januari 2022 | Sabtu |

PASIR GUDANG : Demi memastikan amalan gaya hidup sihat terus hidup dikalangan penduduk komuniti, program Biru diperluaskan lagi dan kali ini bertempat di Pasar Tani Kekal Permas Jaya, Zon Permas Jaya.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah senamrobik, acara berbasikal “fun ride”, cabutan bertuah dan pemberian bantuan kebajikan kepada penerima terpilih yang kurang bernasib baik dalam mengharungi peningkatan kos sara hidup di negara kita.

Yayasan Pasir Gudang telah menyalurkan sumbangan topi keledar basikal percuma kepada 150 orang peserta terpilih dan mendaftar ketika program berlangsung sebagai tanda kerjasama dengan penganjur program, JKPZ Pasar Tani Kekal Permas Jaya dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang dan turut hadir bersama adalah Tuan Haji Baharuddin Bin Mohamed Taib, Ketua WHIP MBPG.

SEDUTAN BIRU PERMAS JAYA : 15 JANUARI 2022

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top