| 8 Januari 2022 | Sabtu |

PASIR GUDANG : Di Padang Amanpuri, Jalan Serindit Utama telah berlangsungnya program Biru Zon Scientex 1.

Program ini merupakan anjuran daripada JKPZ Zon Scientex 1 yang mempunyai matlamat untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain, saling menggalakkan amalan gaya hidup cergas dan sihat dikalangan keluarga serta saling bermuafatat di kalangan penduduk komuniti.

Selain acara berbasikal dianjurkan (fun ride), aktiviti kebajikan, senamrobik dan cabutan bertuah turut diadakan.

Yayasan Pasir Gudang terlibat dalam kerjasama menyalurkan dan menyumbangkan topi keledar basikal secara percuma kepada 150 orang peserta yang terpilih dan hadir ke program hari ini.

Turut hadir adalah Tuan Haji Baharuddin Bin Mohamed Taib, Ketua WHIP MBPG, Puan Hajah Haryati Binti Ismail, Ahli Majlis MBPG (Zon Scientex 1) dan Encik Nooraizam Bin Rowaji, Ahli Majlis MBPG (Zon Nusa Damai).

SEDUTAN BIRU ZON SCIENTEX 1 : 8 JANUARI 2022

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top