SUMBANGAN PEMBELIAN DAPUR KASIH JOHOR ( SIRI 3 )
Yayasan Pasir Gudang bersama Pejabat ADUN Permas telah berjaya melaksanakan Program Dapur Kasih (Siri 3) bagi bulan Julai sehingga September bertempat di Pasaraya Besar Mydin, Taman Rinting.
Seramai 62 orang penerima telah menerima sumbangan sebanyak RM100 per bulan bagi tujuan pembelian barangan makanan dan keperluan harian.
Program ini merupakan salah satu inisiatif yang diusahakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, untuk meringankan beban masyarakat, khususnya mereka yang menghidap penyakit kronik serta golongan sasar yang tidak berkemampuan. Peruntukan ini merupakan sumbangan terus daripada Kerajaan Negeri Johor.
Yayasan Pasir Gudang sebagai agen pelaksana sentiasa bersedia dan menyokong agar manfaatnya dapat terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Ikuti kami di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.
#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin
