Terdapat ramai lagi di luar sana yang masih tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan *KONTAK RAPAT*.
Oleh demikian, terdapat 4 definisi kontak rapat yang dapat kita ketahui iaitu :
1. Ahli keluarga yang tinggal serumah atau rakan sekerja yang bekerja di ruang yang sama atau rakan sekelas atau berada dalam satu kenderaan yang sama dengan kes positif.
2. Bersemuka selama lebih 15 minit dalam jarak kurang dari 1 meter di dalam kawasan yang tertutup dengan kes positif.
3. Tidak bersemuka tetapi berada di dalam bilik berhawa dingin yang sama selama lebih dari 2 jam dengan kes positif.
4. Berada dalam kenderaan yang sama dengan jarak 2 tempat duduk dengan kes positif.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (MyHealthKKM)