TEBRAU | 9 Mei 2024 : Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Encik Zainal bin Abu Bakar dan Puan Hasnina binti Aspari, meluangkan masa untuk melawat pesakit – pesakit kronik sekitar Taman Cahaya Masai, Kg Sentosa dan Bandar Layangkasa.

Individu Pertama
Mohd Fauzi bin Yusop, 41, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya. Akibat kemalangan tersebut, beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala.

Individu kedua
Aminah binti Atan, 61, beliau telah menjalani pembedahan memasukkan besi pada kaki kiri. Namun terdapat darah beku pada kaki kanan yang menyebabkan keadaan beliau tidak boleh berjalan.

Individu ketiga
Muhammad Aisy Amsyar bin Mohd Anuar, 5, pesakit Cerebral Palsy. Beliau mengalami ketumbuhan pada saluran pernafasan dan telah menjalani pembedahan sebanyak 3 kali. Pada umur 2 tahun, beliau disahkan mengalami kecederaan pada otak.

Individu keempat
Hatijah binti Hamzah, 51, menghidap Kanser Payudara Tahap 4 sejak tahun 2023. Kanser yang dialami oleh Puan Hatijah telah merebak ke bahagian paru-paru. Beliau telah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Individu kelima
Sharifah Nur Zulaikha binti Syed Ahmad, 8, menghidap penyakit Hydrocephalus dan sakit tulang belakang sejak lahir. Beliau juga mempunyai masalah saluran jantung sempit. Kini beliau menjalani rawatan fisioterapi dan juga menerima rawatan susulan untuk pemantauan kesihatan beliau.

Yayasan Pasir Gudang mendoakan agar mereka diberikan kesembuhan yang cepat dan juga kesabaran untuk mereka agar dapat jalani kehidupan yang lebih selesa.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top