[ 30 April 2021, Jumaat ] Yayasan Pasir Gudang menziarahi dan menyerahkan sumbangan katil hospital di kediaman Encik Balachandran A/L Ramachandran di PPR Taman Cendana. Ziarah dipimpin oleh Encik Madyasir Ahmad Basir, Ahli Majlis MBPG dan Encik Nazri Bin Tangis, ALPA YPG.

Encik Balachandran merupakan seorang OKU sejak 2018 disebabkan sakit yang ditimpanya iaitu kencing manis dan kerosakan buah pinggang. Pada tahun 2018 dan 2019, kaki beliau di bahagian kedua-dua belah telah dipotong.

Disebabkan keadaan itu, dirinya perlu bergantung pada kerusi roda untuk bergerak dan pemasangan tiub untuk urusan diri. Beliau memerlukan sebuah katil memandangkan katilnya telah usang.

Yayasan Pasir Gudang merealisasikan hasrat beliau untuk memiliki sebuah katil hospital dan sekaligus menyenangkan urusan beliau nnt. Selain itu juga, beliau merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 500 sebulan dan Bantuan Food Aid Programme MyKasih YPG secara bulanan untuk tempoh sehingga Julai 2021.

Moga Encik Balachandran diberikan kekuatan dan terus tabah dalam mengharungi ujian pada masa mendatang.

Turut hadir, wakil pemimpin masyarakat India MIC Taman Cendana.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top