FINAL GEAR ROAD TO SPM 2025 SMK PASIR GUDANG 3

Yayasan Pasir Gudang (YPG) terus komited dalam memperkasa pendidikan apabila Program Final Gear: Road to SPM 2025 telah berjaya dilaksanakan lagi sekali di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3.

Program ini menjadi manifestasi usaha berterusan Yayasan Pasir Gudang (YPG) dalam memberi dorongan semangat, pendedahan teknik menjawab yang berkesan serta persediaan akhir kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Baharudin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang yang turut menyuntik semangat kepada para pelajar dengan berkongsi rezeki bersama mereka di akhir majlis sebagai bentuk motivasi dan penghargaan kepada usaha gigih mereka yang bakal menghadapi peperiksaan kelak. 

Melalui sesi bimbingan intensif bersama tenaga pengajar berpengalaman, para pelajar telah diberikan peluang untuk mengasah kemahiran teknik menjawab soalan, memperkukuh keyakinan diri, dan memperkemas strategi menjawab kertas peperiksaan mengikut skema penandaan kertas.

Turut hadir, Encik Ruhaizat, Pengetua SMK Pasir Gudang 3 serta Encik Ed Baela, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Zon Air Biru. 

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat dan program terkini.

#YayasanPasirGudang
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top