FINAL GEAR ROAD TO SPM 2025 SMK SERI ALAM 2

Kerjasama kali ini menampilkan Yayasan Pasir Gudang (YPG) dan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (PPD PG) dalam menjayakan Final Gear Road To SPM 2025 iaitu satu bengkel teknik menjawab peperiksaan SPM di SMK Seri Alam 2.

Melalui PPD, mencadangkan guru-guru yang berpengalaman / penanda kertas peperiksaan / guru pakar subjek, murid-murid memperoleh teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan, memahami strategi pengurusan masa semasa peperiksaan, serta mempelajari kaedah menjawab mengikut kehendak skema penilaian.

Pelaksanaan program ini adalah merupakan usaha Yayasan Pasir Gudang dalam membantu pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada pertengahan November 2025 nanti dengan lebih bersedia dan berkeyakinan.

YB Bahar, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang juga percaya bahawa usaha sebegini walaupun kecil, ianya merupakan satu bentuk pelaburan terbaik dalam membentuk masa depan anak-anak, sekali gus membantu mereka mencapai kejayaan hingga ke menara gading.

🔥 Ikuti kami di Facebook & Instagram @yayasanpasirgudang untuk maklumat terkini.

#YayasanPasirGudang 
#ypgprihatin

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top