PASIR GUDANG : Di Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia pada 20 Mac 2023 (Isnin) telah berlangsungnya sesi perasmian dan penyerahan Food Aid Programme MyKasih Yayasan Pasir Gudang bagi tahun 2023.

Suasana di Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia turut dirasai kemeriahannya apabila YB Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas merangkap Pengerusi Yayasan Pasir Gudang turut hadir meluangkan masa berharga beliau untuk bersama-sama menyempurnakan majlis disamping melihat sendiri kesemua 240 orang penerima yang telah terpilih.

Setiap 240 orang penerima yang terpilih ini merupakan dari kalangan pemohon yang telah dikenal pasti dan dikaji selidik secara terperinci latar belakang pemohon seisi keluarga oleh Yayasan Pasir Gudang menerusi permohonan baharu yang dilakukan samada secara permohonan atas talian ataupun secara borang permohonan.

Kebanyakkan mereka ini merupakan dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik yang mempunyai tanggungang keluarga yang tinggi dengan pendapatan isi rumah yang rendah.

Sedikit makluman ingin berkongsi bahawa program ini merupakan usaha kerjasama di antara Yayasan Pasir Gudang dan Yayasan MyKasih yang telah dilakukan sejak dari tahun 2015 sehingga kini untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan ekoran peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat dan tidak menentu menerusi bantuan sara diri.

Bagi penerima bantuan Food Aid Programme MyKasih Yayasan Pasir Gudang 2023, tempoh manfaat ini akan bermula pada bulan Mac 2023 sehingga tahun hadapan iaitu pada bulan Februari 2024. Setiap penerima bantuan akan dikreditkan RM80 sebulan selama 12 bulan (setahun) ke dalam Mykad bagi membolehkan mereka membuat pembelian barangan keperluan asas (terpilih) di pasaraya yang dilantik.

Pihak Yayasan Pasir Gudang sangat bersyukur dan berpuas hati apabila dapat melihat senyuman yang terukir di wajah setiap penerima yang hadir ketika program berlangsung dan kami mendoakan agar bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat melegakan dan meringankan sedikit tanggungang yang dipikul oleh mereka (penerima) terutama yang akan menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Turut serta sepanjang program ini berlangsung adalah Tuan Haji Shahrudin bin Ahmad ( Pengurus Eksekutif, Government Relations Dialog Group ), Encik Yuvendran Arumugam ( Senior Manager Operatis, Yayasan MyKasih ), Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pasir Gudang, Ahli-ahli Majlis MBPG, Ketua-ketua Kampung dan Pegawai-pegawai Yayasan MyKasih.

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top