Food Aid Programme
MyKasih YPG

Food Aid Programme MyKasih merupakan satu bentuk bantuan sara diri kepada golongan yang tidak berkemampuan yang dikreditkan dalam kad pengenalan sebanyak RM 80 sebulan selama tempoh 12 bulan bagi pembelian barangan keperluan asas di pasaraya terpilih.

Ini bermakna Yayasan Pasir Gudang mengusahakan bantuan sebanyak RM 960 seorang bagi setiap tahun. Ilham program ini hasil kerjasama dengan Yayasan MyKasih sejak tahun 2015 lagi.

Hampir setiap tahun Yayasan Pasir Gudang akan memilih sebanyak 240 orang penerima yang dikategorikan golongan miskin dan kurang berkemampuan. Setiap transaksi pembelian dilakukan hanya menggunakan kad pengenalan ketua isi rumah dan dapat dikenalpasti semua bentuk pembelian dengan menggunakan sistem sedia ada.

Usaha ini juga ke arah cashless society’ dan dapat mengawal aliran bantuan untuk setiap penerima.

Permasalahan Golongan ini

Kemiskinan dan ketiadaan pendapatan tetap menyebabkan golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan dapur mereka. Ada dalam kalangan mereka juga mempunyai anak-anak yang ramai.

Ada satu-satu kes keluarga itu hanya makan ubi rebus dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, Yayasan Pasir Gudang rasa bertanggungjawab dan prihatin dengan nasib keluarga seperti ini.

Dengan adanya bantuan ini, setiap ketua isi rumah boleh membeli barangan keperluan asas seperti beras, tepung, gula, biskut dan lain-lain.

Program Berterusan Setiap Tahun

Sehingga tahun 2020, seramai 1,055 orang telah menerima manfaat ini. Yayasan Pasir Gudang berusaha keras menyediakan perbelanjaan sehingga RM 230,400 setahun bagi menampung 240 orang penerima.

Bagi meneruskan matlamat membantu masyarakat yang memerlukan, Yayasan Pasir Gudang menyeru pihak industri dan korporat bagi membantu Yayasan Pasir Gudang menyediakan perkhidmatan ini.

Bantu Sesama,
Membina Masa Hadapan

Stay connected
Insta-worthy
Don\
Let's Chat
Scroll to Top